Program Gotong Royong Rakan Taman Peringkat Daerah Kota Belud Anjuran Majlis Daerah Kota Belud [2023-07-08]


Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud mewakili YB Datuk Fairuz Renddan Adun N.08 Pintasan merangkap Pembantu menteri Belia Dan Sukan . Turut hadir bersama Pegawai Eksekutif MDKB Puan Kamariah Binti Ismail , Encik Afiz Pudin Pegawai Belia dan sukan Kota Belud , Ahli - ahli Majlis Daerah , PDRM , Bomba , Jabatan Air , Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri , Persatuaan Pandu Puteri, Belia Daerah Kota Belud dan wakil NGO. Dianggarkan penyertaan dalam program ini adalah lebih kurang 500 Orang. Antara pengisian program ialah gotong royong mengutip sampah di tepi jalan, memotong pokok dan membersihkan kawasan Rekreasi Taman Tun Said.